Gazetir Imperial India

Gazetir Imperial India
Cover
"Gazetir Imperial India" yang diterbitkan oleh Clarendon Press, Oxford, UK. (Kulit buku bagi tahun 1931)
Tajuk asal
The Imperial Gazetteer of India
NegaraEmpayar British India
BahasaInggeris

Gazetir Imperial India (The Imperial Gazetteer of India) merupakan gazetir zaman Empayar British India yang kini dijadikan sebagai buku rujukan bersejarah. Ia pertama kali diterbitkan pada tahun 1881. Sir William Wilson Hunter membuat rancangan asal untuk mengeluarkan buku ini sejak tahun 1869 lagi.[1]

Buku "Edisi Baru" untuk tahun 1908, 1909 dan 1931 mempunyai empat jilid ensiklopedia yang meliputi pelbagai topik seperti geografi, sejarah, ekonomi dan pentadbiran di India serta 20 buah jilid gazetir yang disusun mengikut abjad, senarai nama tempat, statistik dan maklumat ringkasan. Setiap jilid disertakan dengan indeks dan atlas. Kesemua buku Edisi Baru itu diterbitkan oleh Oxford University Press, Oxford, United Kingdom.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search